31 Juli 2010

Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud AS

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud AS sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur, dengan tiba-tiba dia melihat seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud AS berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Alloh dengan ulat ini?"
Setelah Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Alloh pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mulai berkata-kata kepada Nabi Daud AS "Wahai Nabi Alloh! Alloh SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Alloh mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali. 

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud AS "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyadari akan kekhilafannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Alloh SWT maka Nabi Daud AS pun bertaubat dan berserah diri kepada Alloh SWT.

Begitulah sikap para Nabi apabila mereka menyadari kekhilafannya yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan dan berserah diri kepada Alloh SWT. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa saja makhluk Alloh yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

0 komentar:

Posting Komentar

Share